"Lagi Power, Lagi Best"
[Sumber] |
Jujurnya, aku memang peminat MYVI, sejak dari awal pengeluarannya lagi. Tapi sayangnya, masih tiada rezeki untuk memilikinya, cukuplah sekadar Perodua Kancil yang aku ada sekarang sudah memadai dengan pendapatan aku yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah.
Beberapa bulan Jun lepas, pihak Perodua ada melancarkan sebuah model terbaru Perodua Myvi dengan beberapa perubahan pada spesifikasi pada bodypart dan dalaman kereta dengan tagline "Lagi Best" dan menyatakan bahawa Myvi dalam versi enjin 1.5-liter bakal dilancarkan kelak.
Nampaknya tidak lama lagi Myvi baru dengan kapasiti enjin yang lebih besar akan meluncur di jalan-jalanraya negara kita dengan tagline "Lagi Power, Lagi Best" bersempena dengan kapasiti enjin yang lebih berkuasa. Jom saksikan gambar-gambar Perodua Myvi Extreme yang disertakan enjin 1.5-liter ini.
[Sumber: Paul Tan]
[Sumber: Paul Tan]
Warna Kuning dengan padanan Hitam yang Kontra |
Pandangan belakang; emblem Myvi Extreme |
Didatangkan juga dengan model warna Hitam |
Papan pemuka ala kereta Kontinental |
No comments:
Post a Comment