TRAILER: RAYA TAK JADI! [VIDEO]

[Sumber]
Filem komedi terbaru yang dibintangi barisan pelakon baru dan lama ini bakal menggegarkan pawagam pada 15 September 2011. Filem Raya Tak Jadi! ini diarahkan oleh pengarah filem komedi tersohor *trollface.jpg Malaysia iaitu Prof. Madya A. Razak Mohideen dan merupakan terbitan Grand Brilliance.

Antara bintang yang membarisi filem komedi ini adalah Johan "Raja Lawak", Saiful Apek, Wan Sharmila, Noreen Nor, Dato' Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Mari kita saksikan trailer filem ini dan sedikit sinopsis Raya Tak Jadi!

Sumber:
Trailer "Raya Tak Jadi!"



Sinopsis "Raya Tak Jadi!"
(Spoiler Alert!)

Leo seorang ahli perniagaan Kurma telah merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj Ehsan (lakonan Dato' Jalaluddin Hassan). Dia merancang penculikan itu kerana kontena kurmanya tidak sampai seperti yang diharapkan dan dia bakal mengalami kerugian. Jadi, Leo telah mengarahkan pekerjanya Ali dan Abu menculik Hj. Ehsan. Mereka berjaya menculik Hj. Ehsan tapi tertukar teksi dengan teksi Shuib (lakonan Saiful Apek).

Shuib ada seorang adik yang namanya Bob (lakonan Johan Raja Lawak) mereka berdua telah terjumpa Hj. Ehsan dalam boot teksi yang disangka sudah mati. Namun akhrnya mereka sedar Hj. Ehsan masih belum mati.

Abu dan Ali kemudian berjaya menjejaki teksi Shuib dan mereka mula merancang untuk menculik ibu dan adik Shuib. Leo meminta wang tebusan dari Hajah Nisah (lakonan Noreen Noor) sebelum melepaskan ibu dan adik Shuib. Polis berjaya memberkas Leo dan pekerjanya semasa mereka bertukar wang dan tebusan.

Bila hari raya tiba, Shuib dan ibu serta adik beradik merasa sedih kerana mereka adalah orang yang kurang berada, persiapan raya pula masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dan serba kekurangan. Namun sambutan raya kali ni bertukar menjadi meriah apabila Hj. Ehsan dan keluarga datang menziarahi mereka sekeluarga dan membawa pelbagai hadiah sebagai membalas jasa baik Shuib dan Bob yang telah berjaya menyelamatkan beliau. Shuib dan Bob akhirnya menjadi pekerja Hj. Ehsan.

Di salin dan di edit dari: NurizSpace

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...