Aku tengok iklan ni masa menonton televisyen dengan rakan sepejabat. Sangat kreatif dan mesej yang mahu disampaikan sangan jelas dan mudah diterima. Dua ibu jari di atas untuk iklan ini.
Honestly, aku minat Adele. Aku mula dengar lagu Rolling in the Deep, yang di-cover oleh Vasquez Sound, tapi aku bukan peminat setia cuma listener saja.
Tapi siapa sangka, lagu Adele yang bertajuk Someone Like You boleh bikin seekor anjing; Rocco, dari baka French Bulldog menjadi murung dan menangis. Jom tengok video anjing menangis tu.
[Sumber: YouTube] ----> aku letak kredit sebagai tanda hormat! harap anda begitu juga!
Hari ini 29 Februari 2012, tarikh yang jarang-jarang berlaku setiap tahun dan hanya berlaku setiap empat tahun. Kenapa ini terjadi? Tahun lompat, atau nama lain dalam bahasa Inggeris iaitu leap year adalahintercalary atau bissextile year, adalah satu tahun yang mempunyai pertambahan satu hari di dalam kalendar tahunan untuk menyeragamkan tahun kalendar dengan tahun astronomi atau tahun musim.
Antara orang ternama yang dilahirkan pada tarikh ini adalah Gioachino Rossini yang mendapat pengktirafan dengan Google Doodle hari ini.
Untuk memudahkan anda wahai para pembaca sekalian, di sini disediakan bersama penarangan dalam bentuk video. Enjoy!
Memang super-awesome! Bad-ass! Itu beberapa perkataan yang mampu aku ungkapkan untuk menyatakan kehebatan. Kalau sebelum ini aku pernah kongsikan cawan kreatif untuk Geek dan Nerdtapi kole atau mug kali ini pula aku rasa sesuai untuk pembunuh upahan dan penembak hendap.
Mug yang diperbuat daripada blok aluminum yang seberat 13.5 lb serta dilengkapi landasan yang dipanggil Landasan Picatinnyyang berfungsi sepenuhnya. Jadi anda boleh memasang alatan seperti skop dan laser tenang serta pelbagai lagi aksesori seperti pemegang AR-15.
Tapi pentingkah semua itu. Ya, penting untuk menjadikan anda seorang pembunuh upahan yang cool. Mug ini boleh didapati di OPMOD dengan harga 249.99 USD.
Secara jujurnya, aku tidak tahu apa yang cuba disampaikan oleh semua penyanyi rap ini, tetapi, tidakan mereka mengulangsebut petikan surah al-Fatihah amat tidak di senangi. Nameewee permain lagu Negaraku anda marah, macam mana pula yang ini?
Dalam masa yang sama, mereka seakan-akan mempermain-mainkan bangsa arab.
Renung-renungkanlah, dan jangan lupa tinggal komen dan pendapat.
Aku bukan benci 100% muzik dubstep, cuma masih belum jumpa nilai astetika muzik itu. Namun ia masih muzik bagi aku, selagi ada bunyi selagi itu ia muzik, begitu juga bunyi-bunyi lain, if you know what I mean.
Tapi bila muzik dubstep dimainkan dengan gitar elektrik yang distortion keras, eargasm! Jom, sama-sama menari Parkinson.
Selepas beratur satu jam untuk ayam goreng Illuminati dan Masonic, bila sampai giliran saja, ayam suci sudah habis, pelanggan jadi emosional, kemudian terjadilah riot yang ala Romper Stomper. I don't wanna judge, sebab bukan semua Malaysian macam ini, ada foreigners pula dalam KFC tu, memalukan.
Bila kemarahan menguasai jiwa, tambah dengan letih bekerja, memang susah mahu kawal perasaan bukan. Jom, kita nikmati pemandangan Pekerja KFC i-City Pukul Pelanggan.