CTRL+ALT+DEL: CAWAN KREATIF UNTUK GEEK

In CTRL!
Kenapa aku tidak terfikir pasal rekaan cawan yang menarik macam cawan Ctrl+Alt+Del ni. Memang sesuai sangat untuk pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar yang hampir 24 jam asyik mengadap komputer.

Sebuah set yang terdiri daripada 3 cawan ini direka seakan-akan butang Ctrl, Alt dan Del yang ada pada papn kekunci komputer dan ditambah pula dengan rekaan kreatif dulang yang mempunyai rekaan seperti papan litar. Memang sesuai untuk para nerdy dan geek.

Klik ikon "Read More" untuk melihat lebih gambar rekaan cawan kreatif ini.

[Sumber: This Blog Rule]
Kombinasi butang ajaib yang diinterpretasikan menjadi cawan ini berasaskan bahan plastik yang didatangkan dengan 2 warna, iaitu hitam dengan bahagian dalaman cawan berwarna putih dan putih yang mempunyai bahagian dalam cawan berwarna hitam. Minimal dan comel.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...