UNSUNG HERO - WIRA TRAGEDI 9/11 [11 FOTO]

Abigail, bertugas selama 10 hari bermula 17 September
Tragedi 9/11, yang berlaku pada 11 September 2001, yang meragut hampir 3,000 nyawa dan mengejutkan dunia sekaligus memberi impak yang besar terhadap prespektif penduduk dunia terhadap penganut agama Islam dan bangsa Arab. Sejak dari itu wujudnya sentimen Islamofobia yang berpunca kononnya serangan telah dilancarkan oleh golongan pejuang Islam, Al Qaeda di bawah pimpinan Osama Laden. Susulan dari itu, presiden George W. Bush melancarkan kempen War on Terror dengan menakluk Afghanistan dan mengusir Taliban.

Disebalik tragedi ini, berdirinya wira-wira atau unsung hero yang berusaha menyelamatkan mangsa-mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon, antara yang memainkan peranan ini adalah haiwan yang di gelar "kawan baik manusia" atau man best friend, iaitu anjing.

[Sumber: DailyMailUK]
Sepanjang tempoh mencari dan menyelamat yang dijalankan di Ground Zero, hampir 100 ekor anjing digunakan dalam usaha itu. Namun setelah 10 tahun episod hitam itu berlalu, kini yang tinggal hanya beberapa ekor sahaja anjing penyelamat yang masih hidup.

Siri-siri gambar dan cerita anjing-anjing ini dibukukan dengan judul Retrieved hasil kerja tangan seorang jurufoto dari Belanda, Charlotte Dumas, 34, yang mengembara merentas Amerika demi mencari semula unsung hero yang masih hidup. Buku ini akan dilancarkan pada 11 September ini sempena ulangtahun ke-10 tragedi itu.

Di bawah adalah beberapa gambar anjing-anjing pengesan dan penyelamat yang masih hidup bersama-sama tuan mereka. Tabik hormat.

Moxie, 13, mula bertugas dari 11 September selama lapan hari
Tara, 16, mula bertugas 11 September selama lapan hari
Kaiser, 12, mula bertugas 11 September
Bretagne, mula bertugas 17 September selama 10 hari
Guinness, 15 (kiri) mula bertugas 13 September selama 11 hari, manakala Tuff (kanan) mula bertugas 12 September

Merlyn, mula bertugas 24 September untuk kerja shif malam selama 5 hari
Red, 11, mula bertugas 16 September hingga 24 September di Pentagon sebagai Anjing Pemulih
2 ekor daripada hempir 100 ekor anjing penyelamat di Ground Zero
Hoke, mula bertugas 24 September selama 5 hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...