Showing posts with label Pusat Dagangan Dunia. Show all posts
Showing posts with label Pusat Dagangan Dunia. Show all posts

KOLEKSI GAMBAR UDARA DRAMATIK TRAGEDI 9/11 [9 FOTO]

Ramai yang mengatakan, Tragedi 9/11 merupakan "kerja dalaman" dan ia sudah dirancang dengan teliti oleh beberapa pihak yang cuba mengganggu gugat keamanan dunia dan cuba memecahbelahkan perpaduan umat manusia,dan semua hanya dilakukan atas dasar ekonomi.

Tetapi, bagi aku, biarpun jika benar ia adalah "kerja dalaman" ataupun apa sahaja, tragedi ini sepatutnya tidak harus berlaku, dan ia juga harus diratapi dan dikenang, bukan kerana ideologi mahupun pendapat, tetapi kerana ia melibatkan nyawa, bukan seorang atau dua, namun ribuan nyawa terkorban, termasuk juga yang masih trauma berikutan tragedi 11 September ini.

Gambar-gambar ini dikeluarkan tahun lepas, selepas 9 tahun tragedi 11 September berlaku, yang diambil oleh pasukan helikopter New York Police.

Klik ikon "Read More" untuk gambar-gambar lain tragedi

[Sumber: DailyMailUK]

UNSUNG HERO - WIRA TRAGEDI 9/11 [11 FOTO]

Abigail, bertugas selama 10 hari bermula 17 September
Tragedi 9/11, yang berlaku pada 11 September 2001, yang meragut hampir 3,000 nyawa dan mengejutkan dunia sekaligus memberi impak yang besar terhadap prespektif penduduk dunia terhadap penganut agama Islam dan bangsa Arab. Sejak dari itu wujudnya sentimen Islamofobia yang berpunca kononnya serangan telah dilancarkan oleh golongan pejuang Islam, Al Qaeda di bawah pimpinan Osama Laden. Susulan dari itu, presiden George W. Bush melancarkan kempen War on Terror dengan menakluk Afghanistan dan mengusir Taliban.

Disebalik tragedi ini, berdirinya wira-wira atau unsung hero yang berusaha menyelamatkan mangsa-mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon, antara yang memainkan peranan ini adalah haiwan yang di gelar "kawan baik manusia" atau man best friend, iaitu anjing.

[Sumber: DailyMailUK]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...