Showing posts with label Daily Mail UK. Show all posts
Showing posts with label Daily Mail UK. Show all posts

AFGHANISTAN: 10 TAHUN DAHULU DAN KINI [12 GAMBAR]

[Sumber]
Sehingga sekarang Afghanistan masih dalam keadaan yang belum stabil. Pembunuhan dan kekejaman masih lagi berlaku, walaupun tampuk pemerintahan telah diserahkan kembali oleh pihak Amerika kepada pemerintahan mereka sendiri setelah diceroboh oleh pihak tentera Amerika lebih kurang 10 tahun lepas atas nama kempen Peperangan Menentang Pengganas (War on Terrorist) selepas rebahnya World Trade Center pada 11 September 2001.
10 tahun dahulu tentera Pakatan Utara (Northern Alliance atau United Islamic Front) bangkit berpakat menentang pemerintahan Taliban bersama-sama tentera-tentera US Armed Force, US Special Force, British Armed Force dan British Special Force.

Klik "Read More" untuk melihat set-set gambar Afghanistan 10 tahun dahulu dan kini, yang dikatakan mungkin lebih selamat dari dahulu.

[Sumber: Daily Mail UK]

KOLEKSI GAMBAR UDARA DRAMATIK TRAGEDI 9/11 [9 FOTO]

Ramai yang mengatakan, Tragedi 9/11 merupakan "kerja dalaman" dan ia sudah dirancang dengan teliti oleh beberapa pihak yang cuba mengganggu gugat keamanan dunia dan cuba memecahbelahkan perpaduan umat manusia,dan semua hanya dilakukan atas dasar ekonomi.

Tetapi, bagi aku, biarpun jika benar ia adalah "kerja dalaman" ataupun apa sahaja, tragedi ini sepatutnya tidak harus berlaku, dan ia juga harus diratapi dan dikenang, bukan kerana ideologi mahupun pendapat, tetapi kerana ia melibatkan nyawa, bukan seorang atau dua, namun ribuan nyawa terkorban, termasuk juga yang masih trauma berikutan tragedi 11 September ini.

Gambar-gambar ini dikeluarkan tahun lepas, selepas 9 tahun tragedi 11 September berlaku, yang diambil oleh pasukan helikopter New York Police.

Klik ikon "Read More" untuk gambar-gambar lain tragedi

[Sumber: DailyMailUK]

SUSANNE EMAN: WANITA SUPERSAIZ! - 325 KG

Memperkenalkan Susanne Eman, 32, ibu tunggal kepada dua orang anak daripada Arizona, USA, yang mempunyai berat badan seberat 52 stones atau 325 kilogram.

Yang menariknya, beliau bercadang untuk menambah berat badan beliau kepada 115 stones atau 1,600 paun, untuk memecahkan rekod dunia sebagai Wanita Paling Gemuk di Dunia, dengan mengamalkan diet 20,000 kalori setiap hari.

Beliau dan anak-anak akan ke pasaraya setiap bulan bersama dua orang anak lelaki beliau, Gabriel, 16, dan Brendin, 12, dan mereka akan menghabiskan masa hampir lapan jam untuk memenuhkan enam troli!

[Sumber: DailyMailUK]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...