Showing posts with label Design Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Design Kreatif. Show all posts

LAMPU YANG MENGGERUNKAN.... [5 GAMBAR]

Lampu ini pastinya akan menakutkan tetamu yang pertama kali datang ke rumah anda dan boleh buat mereka tidak lalu makan makanan yang dihidang atas meja, lebih menarik kalau lampu ini dijadikan lampu dapur dan ruang makan.

Lampu rekaan pereka dari German, Daniel Ritthanondh, ini dinspirasikan dari siri permainan komputer Half-Life, dan ia mungkin bakal menarik minat penggila permainan tersebut untuk memilikinya. Tapi tidak mungkin bagi aku.

Jom kita tengok-tengok koleksi gambar lampu moden, kreatif, dan menakutkan ini.


BAG LAPTOP DARIPADA BULUH [3 GAMBAR]

Wah, ini sangat comel dan mesra alam.


Idea yang sangat bernas dan kreatif. Itulah yang mampu aku katakan terhadap rekaan bag laptop atau Macbook Pro keluaran Silva Ltd. yang menggunakan buluh sebagai medium penghasilah produk ini.

Apa yang lebih menarik ialah, hampir 80% proses pembuatan bag atau lebih tepat bekas ini adalah dibuat dengan menggunakan tangan, atau hand made.

Jom kita tengok-tengok produk menarik ini di website rasmi Silva Ltd yang boleh dibeli dengan harga USD 129.99 ini.


[Sumber: Silva Ltd via G.A.S dan SwagoFresh]

JAM TANGAN KONSEP YANG HANDSOME! [6 GAMBAR]

Aku nak!

Tapi sayang ia cuma konsep, kalau memang wujud pun (sila vote di sini), aku pasti tidak mampu memilikinya. Jam konsep V-BL47 LED/LCD ini merupakan sebuah rekaan Heather Sable dan Samuel Jerichow ini dipaparkan di dalam Tokyo Flash Blog. Jam tangan ini menggunakan teknologi LED / LCD. Sekali imbas, jam tangan ini seakan-akan ala TRON.

Jom cuci mata dengan jam tangan konsep yang sangat canggih ini. Jangan lupa klik "Read More" untuk imej yang lebih hebat.



ANTING-ANTING YANG SUPERCOMEL [5 GAMBAR]

Jika anda seorang peminat siri permainan Mario, ini pasti membuatkan anda tersenyum. Anting-anting yang supercomel ini merupakan hasil kerja tangan Liggliz Shop, dan dijual di Etsy. Anting-anting Piranha Plant ini merupakan produk tidak rasmi, bukan barangan rasmi Super Mario, OK!

Jom, kita tengok-tengok cuci mata, kalau berkenan sila klik sini untuk membelinya.






[Sumber: Etsy ]

IKLAN YANG SANGAT SEKSI - NSFW [10 GAMBAR]

Yup, kali ini agak keterlaluan sikit, tapi aku rasa tidak salah untuk berkongsi kreativiti dan idea dalam menghasilkan iklan. Ia hanya berkenaan perspektif dan persepsi. Bagi aku, bagaimana kita menginterpretasi sesuatu itu bergantung kepada bagaimana kita menjana mentaliti kita sendiri.

Jom kita lihat beberapa koleksi iklan yang menjadikan "seksi" sebagai tema mereka.

Sila klik ikon "Read More" untuk koleksi lain.

Advertising Agency: Lowe Ginkgo, Uruguay
Advertising Agency: unknown
Advertising Agency: ESTER, Stockholm, Sweden

REKAAN LAMPU MODEN DAN KREATIF BHG. III [5 GAMBAR]

Lampu yang dinamakan Momento ini merupakan pemenang kategori produk dalaman di JID AWARD 2008 BIENNIAL merupakan sebuah hasil kreativiti Hiroshi Yoneya dan Yumi Masuko dan merupakan produk keluaran Cassina ixc. co. Ltd. dan rekaan lampu yang kreatif dan menarik ini merupakan pilihan aku.

Rekaan yang kemas dan futuristik menambah tarikan untuk berada di ruang yang diterangi cahaya dari lampu ini yang turut menghasilkan sebuah grafik bayang bernombor mewujudkan suasana elegen dan futuristik. Dalam masa yang sama ia dapat buat anda rasa "math geek"!

Sila klik ikon "Read More" untuk lebihan imej!


POSTER KLASIK PENDIDIKAN - AIDS [11 GAMBAR]

Sebelum ini aku ada ketengahkan beberapa siri poster tentang kesedaran seks selamat dan perlindungan terhadap penyakit siflis dan AIDS di sini dan sini. Kali ini aku ingin paparkan beberapa buah siri poster berkenaan kesedaran dalam membendung dan menangani AIDS dan stigma AIDS itu sendiri.

Sila klik ikon "Read More" untuk imejan dan gambar poster kesedaran AIDS yang kreatif dan menginsafkan.

Zimbabwe, Spread facts not fear.
Canada, Grave monument, AIDS is still circulating 1981 - present
Czech Republic, With smile, with condom.
France, Protect yourself. The only way to stop AIDS is you.

T-SHIRT MENARIK DARI DEENIFY.COM

Berkembara di alam siber sambil melawat beberapa blog yang aku minati, tiba-tiba terjumpa satu link yang menarik perhatian aku, iaitu Deenify.com sebuah blogshop yang menjadikan t-shirt dan barangan lain seperti lencana dan beberapa barangan lain sebagai barang dagangan mereka.

Tetapi ia bukan t-shirt dan merchandise biasa. Deenify.com menjadikan persaudaraan Islamik sebagai tema utama mereka. Rekaan-rekaan t-shirt yang Islamik tetapi funky dan cool seakan-akan dapat menarik perhatian para remaja, belia, mahupun dewasa dan kanak-kanak. Aku juga turut tertarik dengan beberapa rekaan mereka.

Anda boleh melawati mereka di link-link ini:
Jom, kita tengok beberapa rekaan t-shirt yang aku rasakan sebagai "cool" plus Islamik. Sila klik ikon "Read More" untuk gambar lain.


REKAAN LAMPU MODEN DAN KREATIF BHG. II [4 GAMBAR]

Ok, anda sedang mencari rekaan lampu kreatif untuk bilik anda atau anak anda. Selalunya lampu yang dijual di kedai lampu adalah amat membosankan dan klise. Jadi, rekaan lampu yang kreatif ini mungkin dapat memberi anda inspirasi baru ataupun idea untuk aktiviti DIY anda.

"Balloon Lamp" rekaan pengeluar lampu dari Sepanyol, Estiluz, yang berkonsepkan elegan dan keseronokan ini amat sesuai untuk membangkitkan mood yang lebih chic dan fun. Tapi harganya agak mahal. Sila ke Plutinlux.com untuk membeli produk kreatif ini.

Klik "Read More" untuk foto selebihnya.

JIKA BROWSER ANDA SEORANG GADIS

I'm using Chrome you IE losers!

Hadoi, cacat rupanya gadis IE, kesian. Secara jujurnya, aku cuma guna IE untuk layari laman web kerajaan 1Malaysia.
[Sumber: Make Use Of]

HELMET STORMTROOPER DARIPADA KASUT ADIDAS [7 GAMBAR]

"All Day I Dream About Stromtroopers"

Salah satu projek seni MASK365 yang unik ini adalah hasil kerja FreeHandProfit yang bertapak di Washington DC dan Northern Virginia yang mengukir nama dalam dunia graffiti dan beliau juga merupakan seorang graduan dari Corcoran College of Art & Design, dalam bidang Seni Halus.

Helmet Stormptrooper ini dihasilkan dengan menggunakan beberapa pasang kasut Adidas X Star Wars Superskate Mids, dan ia kini dijual di eBay.

Klik ikon "Read More" untuk lebih gambar.

[Sumber: FreeHandProfit via BaikPunyer]

CTRL+ALT+DEL: CAWAN KREATIF UNTUK GEEK

In CTRL!
Kenapa aku tidak terfikir pasal rekaan cawan yang menarik macam cawan Ctrl+Alt+Del ni. Memang sesuai sangat untuk pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar yang hampir 24 jam asyik mengadap komputer.

Sebuah set yang terdiri daripada 3 cawan ini direka seakan-akan butang Ctrl, Alt dan Del yang ada pada papn kekunci komputer dan ditambah pula dengan rekaan kreatif dulang yang mempunyai rekaan seperti papan litar. Memang sesuai untuk para nerdy dan geek.

Klik ikon "Read More" untuk melihat lebih gambar rekaan cawan kreatif ini.

[Sumber: This Blog Rule]

REVENGE! LOL! [1 GAMBAR]

Dino Strike Back!

Cantik sangat kalau boleh print di t-shirt.
[Sumber: Saturday Morning Breakfast Cereal]

REKAAN LAMPU MODEN DAN KREATIF [12 GAMBAR]

Sangat boring bukan, asyik-asyik mentol bulat dan kalimantang yang sama sahaja. Kurang kreatif betul. Jika anda seorang yang artsy fartsy dan suka hias-hias rumah dengan lampu-lampu yang pelik-pelik dan unik, rekaan lampu-lampu ini mesti bakal menjadi pilihan anda.

Tapi, mungkin sekarang dan banyak rekaan lampu yang cool dan comel di kedai-kedai lampu mahupun kedai-kedai cenderahati di Malaysia. Yang penting kena rajin saja mencari dan meneroka setiap pelosok kedai-kedai.

Jom layan rekaan lampu-lampu moden dan kreatif dengan klik ikon "Read More"

[Sumber: DeMilked]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...