Showing posts with label Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Kreatif. Show all posts

IKLAN KEDAI 1MALAYSIA YANG SANGAT COMEL [VIDEO]

Aku tengok iklan ni masa menonton televisyen dengan rakan sepejabat. Sangat kreatif dan mesej yang mahu disampaikan sangan jelas dan mudah diterima. Dua ibu jari di atas untuk iklan ini.


KENAPA PROGRAM NADIR BUMI LYNAS HARUS DIHENTIKAN? [INFOGRAFIK]

Aku memang menentang pembangunan yang tidak lestari. Bagi aku terlalu banyak pembaziran dan kemusnahan habitat akan berlaku. Cukuplah dengan apa yang kita sudah "hilang". Aku tahu, kita perlu maju dan membangun, tapi ada banyak cara lain. Aku lebih mengharapkan pembangunan sistem janaan tenaga alternatif yang lebih mesra alam.

Aku hanya suara kerdil. Ini sahaja aku mampu buat, memberi anda pengetahuan tentang bahaya yang bakal menimpa. Klik ikon "Read More" untuk info lanjut.

IKLAN YANG JUJUR [8 GAMBAR]

Iklan kreatif hasil rekaan Matt Stevenson, yang memaparkan perkara sebenar di sebalik produk-produk terkenal. Jom kita tengok koleksi iklan jujur. Anda mungkin juga akan meminati koleksi maksud sebenar sebalik logo komersial

Klik ikon "Read More" untuk lebih kejujuran dalam pengiklanan.



PANDUAN GRAFIK SUBCULTURE SEKELILING ANDA [10 FAMBAR]

Subculture Hipster sudah melanda Malaysia. Aku tinggal di Perlis. Tidak begitu ketara. Tapi di negeri lain aku tidak tahu. Bagaimana mahu kenal beberapa stereotype subculture ini? Jom kita ambil gambar ini sebagai rujukan. Selebihnya? Klik ikon "Read More"!




CANTIKNYA! GAMBAR X-RAY BUNGA [5 GAMBAR]

Dulu, masa sebelum lapor diri untuk kerja, aku kena pergi x-ray dekat hospital. Honestly, masa tu meremang bulu bontot, sebab takut-takut radiasi x-ray boleh buat aku jadi mutan macam dalam X-Men. Lepas dah selesai, semuanya OK, tapi bila aku tengok filem x-ray aku tu, memang nampak buruk gila.

Tapi, lain pula kalau yang di x-ray itu bunga. Pelik? Memang ada orang x-ray bunga. Brendan Fitzpatrick, seorang jurugambar yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun, dan sekarang tinggal serta bekerja di Singapura, menggunakan kemahiran fotografinya digabungkan dengan teknologi x-ray digital serta kecantikan bunga-bungaan. Foto-foto ini kemudiannya di sunting dengan menggunakan Photoshop untuk mendapatkan hasil seperti dalam gambar-gambar di bawah.

Jom, tenang-tenangkan jiwa tengok gambar x-ray bunga yang cantik.






[Sumber: Colossal]

LAMPU YANG MENGGERUNKAN.... [5 GAMBAR]

Lampu ini pastinya akan menakutkan tetamu yang pertama kali datang ke rumah anda dan boleh buat mereka tidak lalu makan makanan yang dihidang atas meja, lebih menarik kalau lampu ini dijadikan lampu dapur dan ruang makan.

Lampu rekaan pereka dari German, Daniel Ritthanondh, ini dinspirasikan dari siri permainan komputer Half-Life, dan ia mungkin bakal menarik minat penggila permainan tersebut untuk memilikinya. Tapi tidak mungkin bagi aku.

Jom kita tengok-tengok koleksi gambar lampu moden, kreatif, dan menakutkan ini.


LUKISAN ATAS SALJI [5 GAMBAR & 1 VIDEO]

Nampak macam mudah bukan. Tapi tidak semudah yang kita sangkakan. Kerana proses menghasilkan lukisan ini memerlukan koreografi yang baik dan teliti. Proses penghasilan lukisan ini dilakukan di Rabbit Ears Pass, Colorado, memerlukan 5 orang sukarelawan untuk membantu artis, Sonja Hinrichsen, untuk merealisasikan idea ini.

Tapi, aku boleh rasakan, jikalau lukisan sebegini dijumpai di Malaysia, aku dapat rasakan konspirasi yang bakal dicanang.

Ok, mari kita lihat hasil seni yang menarik ini, sila klik ikon "Read More" untuk imej lain dan video.



SENI YANG SURREAL SERTA MENAKUTKAN!

Bila tengok saja imej-imej janaan grafik digital ini, tiba-tiba aku rasa macam ada makhluk duduk bawah katil aku. Seram, meremang bulu roma. Imej-imej ini seakan-akan gambaran mimpi ngeri yang menakutkan dan menyeramkan.

Karya digital ini dihasilkan oleh artis digital, Anton Samenov, dari Russia. Beliau mengaplikasikan kehidupan sebenar sebagai inspirasi. Hah, betul ke? Mungkin ini merupakan cara beliau mengintepretasikan pandangan beliau terhadap perkara yang terjadi di sekelilingnya.

Jom, layan imej-imej yang menakutkan ini, dan jangan lupa klik ikon "Read More" untuk lebihan imej.



SENI DARI PORSELAIN PECAH [8 GAMBAR]

Aku tidak tahu apa untuk dikatakan. Sangat awesome dan kreatif. Kenapa? Siapa sangka, momen-momen porselain mahu hancur boleh hasilkan satu kerja seni. Martin Klimas, seorang jurufoto yang bertapak di Jerman, membekukan momen-momen ini dan menjadikannya ia sebuah mahakarya.

Bagaimana ia dilakukan? Mudah saja. Beliau menjatuhkan beberapa figura yang diperbuat daripada porselain dari ketinggian lebih kurang 3 meter dan menetapkan sebuah kamera yang bertindakbalas dengan gelombang bunyi pecah porselain itu, dan menjadikan momen-momen itu beku, dan terhasillah sebuah karya.

Tapi, aku tidak tahu pandangan anda semua. Bagi aku, karya-karya ini seakan-akan hidup. Jom, kita tengok-tengok, dan jangan malu-malu beri pendapat anda. Sila klik ikon "Read More" untuk gambar selebihnya.



UKIRAN HAIWAN DARI PECAHAN CAKERA PADAT [7 GAMBAR]

Kitar Semula yang MENANG!

Ini hasil kerja Saen Avery, seorang penulis dan artis. Beliau menggunakan CD yang rosak dan dipecahkan dengan teliti kemudian dicantumkan menjadi ukiran berbentuk haiwan yang cantik dan kreatif.

Nampak seperti mudah, namun ia memerlukan ketelitian dalam mencantumkan pecahan-pecahan kecil yang dipotong menjadi sebuah ukiran yang menarik.

Bagi aku, ini adalah cara terbaik dalam mengitar semula koleksi cakera padat yang sudah lama dan rosak (termasuk juga DVD dan VCD yang "rosak")

Sila klik ikon "Read More" untuk imej-imej menarik yang lain.



BAG LAPTOP DARIPADA BULUH [3 GAMBAR]

Wah, ini sangat comel dan mesra alam.


Idea yang sangat bernas dan kreatif. Itulah yang mampu aku katakan terhadap rekaan bag laptop atau Macbook Pro keluaran Silva Ltd. yang menggunakan buluh sebagai medium penghasilah produk ini.

Apa yang lebih menarik ialah, hampir 80% proses pembuatan bag atau lebih tepat bekas ini adalah dibuat dengan menggunakan tangan, atau hand made.

Jom kita tengok-tengok produk menarik ini di website rasmi Silva Ltd yang boleh dibeli dengan harga USD 129.99 ini.


[Sumber: Silva Ltd via G.A.S dan SwagoFresh]

SENI UKIRAN BAYANG DARI SAMPAH [11 GAMBAR]

Wooooohhooooo.... Ada DILDO, Bitches love dildo!

Seni eksperimentasi antara Tim Noble dan Sue Webster ini menggunakan bahan-bahan yang luar biasa termasuk bahan-bahan buangan dan terpakai untuk dijadikan medium dalam mempersembahkan hasil karya kreatif mereka. (Yang nampak macam bangkai dan taksidermi haiwan pun ada)

Bahan-bahan buangan disusun seakan-akan arca abstrak, namun apabila cahaya ditujukan kepada arca itu dalam sudut-sudut tertentu, ia akan menghasilkan bayang-bayang yang menarik seperti pemandangan sebuah bandar, kepala manusia dan sebagainya.

Jom kita saksikan karya eksperimentasi ini, sila klik ikon "Read More" untuk imej selebihnya.



UKIRAN BONSAI YANG MENARIK [8 GAMBAR]

Ini bukan bonsai betul, ia hanyalah ukiran hasil kerja tangan Takanori Aiba, yang berasal dari Yokohama, Jepun, dan dilahirkan pada 1953.

Rekaan atau ukiran hasil kerja Takanori Aiba ini adalah sebuah eksperimen dalam menghasilkan ukiran-ukiran yang menggabungkan elemen manusia dan alam secara miniatur.

Memang cantik kalau dapat hasil kerja ini, dan letak di sudut rumah. Pergh! Sila klik ikon "Read More" untuk koleksi gambar bonsai yang menarik dan kreatif.



UKIRAN BATU MARMAR YANG.... [9 GAMBAR]

Cantik tapi Menakutkan!

Ukiran marmar boleh dikatakan antara elemen seni ukiran yang tertua. Tapi tua tidak semetinya lapuk dan tidak berkualiti. Barry X Ball membawa nafas baru kepada seni ukiran ini, dengan menambah beberapa elemen yang menarik, dan menggunakan sepenuhnya elemen yang terdapat pada marmar itu sendiri untuk menghasilkan ukiran yang menarik dan kreatif.

Barry X Ball dilahirkan pada tahun 1955 di Pasadena, California, Amerika Syarikat. 

Jom, kita saksikan beberapa koleksi gambar ukiran marmar beliau yang kreatif dan menakutkan ini, jangan lupa klik "Read More" untuk koleksi  gambar selebihnya.




ANTING-ANTING YANG SUPERCOMEL [5 GAMBAR]

Jika anda seorang peminat siri permainan Mario, ini pasti membuatkan anda tersenyum. Anting-anting yang supercomel ini merupakan hasil kerja tangan Liggliz Shop, dan dijual di Etsy. Anting-anting Piranha Plant ini merupakan produk tidak rasmi, bukan barangan rasmi Super Mario, OK!

Jom, kita tengok-tengok cuci mata, kalau berkenan sila klik sini untuk membelinya.






[Sumber: Etsy ]

IKLAN YANG SANGAT SEKSI - NSFW [10 GAMBAR]

Yup, kali ini agak keterlaluan sikit, tapi aku rasa tidak salah untuk berkongsi kreativiti dan idea dalam menghasilkan iklan. Ia hanya berkenaan perspektif dan persepsi. Bagi aku, bagaimana kita menginterpretasi sesuatu itu bergantung kepada bagaimana kita menjana mentaliti kita sendiri.

Jom kita lihat beberapa koleksi iklan yang menjadikan "seksi" sebagai tema mereka.

Sila klik ikon "Read More" untuk koleksi lain.

Advertising Agency: Lowe Ginkgo, Uruguay
Advertising Agency: unknown
Advertising Agency: ESTER, Stockholm, Sweden

KARYA JALANAN YANG... [14 GAMBAR]

MINDFUCK!

Mark Jenkins seorang artis yang terkenal dengan instalasi seni jalanan beliau yang menggunakan bahan seperti pita membalut kotak sebagai medium asas. Beliau juga pernah menggunakan mannequin atau patung berbentuk masnusia dalam instalasi seni jalanan beliau yang boleh aku katakan sangan mindfuck dan mengganggu jiwa aku.

Di sini aku paparkan beberapa contoh instalasi seni jalanan beliau yang bagi aku, mempunyai makna tersendiri dan mesej yang ingin disampaikan.

Klik ikon "Read More" untuk gambar-gambar yang mengganggu jiwa lain.




MUSUH #1 NEGARA [INFOGRAFIK]

Perang terhadap dadah, bukan hanya berlaku di Malaysia malahan seluruh dunia menentang penyalahgunaan dadah. Kerana dadah sangat merbahaya, bukan sahaja pada budak-budak Melayu di Felda, malahan budak-budak melayu di UiTM, USM, UPM, UKM, UTM, Politeknik dan semua Melayu di IPTA, termasuk juga bangsa Bumiputera dan bangsa "Lain-lain"

Jadi mari kita saksikan beberapa info menarik tentang Perang Menentang Dadah.

Infographic: Why we’re losing the ‘War on Drugs’
[Sumber:  Matador Network]

SAMURAI FEUDAL STAR WARS [6 GAMBAR]

Karya menarik ini dihasilkan oleh Clinton Felker. Beliau mengubahsuai karakter Star Wars, antaranya, Yoda, Stormtrooper, Darth Vader dan sebagainya menjadi karakter ala-ala Samurai, sangat cool dan kreatif. Enjoy!

Klik ikon "Read More" untuk imej lain.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...