Showing posts with label Design. Show all posts
Showing posts with label Design. Show all posts

IKLAN YANG JUJUR [8 GAMBAR]

Iklan kreatif hasil rekaan Matt Stevenson, yang memaparkan perkara sebenar di sebalik produk-produk terkenal. Jom kita tengok koleksi iklan jujur. Anda mungkin juga akan meminati koleksi maksud sebenar sebalik logo komersial

Klik ikon "Read More" untuk lebih kejujuran dalam pengiklanan.



PANDUAN GRAFIK SUBCULTURE SEKELILING ANDA [10 FAMBAR]

Subculture Hipster sudah melanda Malaysia. Aku tinggal di Perlis. Tidak begitu ketara. Tapi di negeri lain aku tidak tahu. Bagaimana mahu kenal beberapa stereotype subculture ini? Jom kita ambil gambar ini sebagai rujukan. Selebihnya? Klik ikon "Read More"!




MUG UNTUK PEMBUNUH UPAHAN YANG BAD ASS! [2 GAMBAR & 1 VIDEO]

Memang super-awesome! Bad-ass! Itu beberapa perkataan yang mampu aku ungkapkan untuk menyatakan kehebatan. Kalau sebelum ini aku pernah kongsikan cawan kreatif untuk Geek dan Nerd tapi kole atau mug kali ini pula aku rasa sesuai untuk pembunuh upahan dan penembak hendap.


Mug yang diperbuat daripada blok aluminum yang seberat 13.5 lb serta dilengkapi landasan yang dipanggil Landasan Picatinny yang berfungsi sepenuhnya. Jadi anda boleh memasang alatan seperti skop dan laser tenang serta pelbagai lagi aksesori seperti pemegang AR-15.

Tapi pentingkah semua itu. Ya, penting untuk menjadikan anda seorang pembunuh upahan yang cool. Mug ini boleh didapati di OPMOD dengan harga 249.99 USD.


[Sumber: YouTube via ObviousWinner]

LAMPU YANG MENGGERUNKAN.... [5 GAMBAR]

Lampu ini pastinya akan menakutkan tetamu yang pertama kali datang ke rumah anda dan boleh buat mereka tidak lalu makan makanan yang dihidang atas meja, lebih menarik kalau lampu ini dijadikan lampu dapur dan ruang makan.

Lampu rekaan pereka dari German, Daniel Ritthanondh, ini dinspirasikan dari siri permainan komputer Half-Life, dan ia mungkin bakal menarik minat penggila permainan tersebut untuk memilikinya. Tapi tidak mungkin bagi aku.

Jom kita tengok-tengok koleksi gambar lampu moden, kreatif, dan menakutkan ini.


BAG LAPTOP DARIPADA BULUH [3 GAMBAR]

Wah, ini sangat comel dan mesra alam.


Idea yang sangat bernas dan kreatif. Itulah yang mampu aku katakan terhadap rekaan bag laptop atau Macbook Pro keluaran Silva Ltd. yang menggunakan buluh sebagai medium penghasilah produk ini.

Apa yang lebih menarik ialah, hampir 80% proses pembuatan bag atau lebih tepat bekas ini adalah dibuat dengan menggunakan tangan, atau hand made.

Jom kita tengok-tengok produk menarik ini di website rasmi Silva Ltd yang boleh dibeli dengan harga USD 129.99 ini.


[Sumber: Silva Ltd via G.A.S dan SwagoFresh]

JAM TANGAN KONSEP YANG HANDSOME! [6 GAMBAR]

Aku nak!

Tapi sayang ia cuma konsep, kalau memang wujud pun (sila vote di sini), aku pasti tidak mampu memilikinya. Jam konsep V-BL47 LED/LCD ini merupakan sebuah rekaan Heather Sable dan Samuel Jerichow ini dipaparkan di dalam Tokyo Flash Blog. Jam tangan ini menggunakan teknologi LED / LCD. Sekali imbas, jam tangan ini seakan-akan ala TRON.

Jom cuci mata dengan jam tangan konsep yang sangat canggih ini. Jangan lupa klik "Read More" untuk imej yang lebih hebat.



REKAAN LAMPU MODEN DAN KREATIF BHG. III [5 GAMBAR]

Lampu yang dinamakan Momento ini merupakan pemenang kategori produk dalaman di JID AWARD 2008 BIENNIAL merupakan sebuah hasil kreativiti Hiroshi Yoneya dan Yumi Masuko dan merupakan produk keluaran Cassina ixc. co. Ltd. dan rekaan lampu yang kreatif dan menarik ini merupakan pilihan aku.

Rekaan yang kemas dan futuristik menambah tarikan untuk berada di ruang yang diterangi cahaya dari lampu ini yang turut menghasilkan sebuah grafik bayang bernombor mewujudkan suasana elegen dan futuristik. Dalam masa yang sama ia dapat buat anda rasa "math geek"!

Sila klik ikon "Read More" untuk lebihan imej!


POSTER KLASIK PENDIDIKAN - AIDS [11 GAMBAR]

Sebelum ini aku ada ketengahkan beberapa siri poster tentang kesedaran seks selamat dan perlindungan terhadap penyakit siflis dan AIDS di sini dan sini. Kali ini aku ingin paparkan beberapa buah siri poster berkenaan kesedaran dalam membendung dan menangani AIDS dan stigma AIDS itu sendiri.

Sila klik ikon "Read More" untuk imejan dan gambar poster kesedaran AIDS yang kreatif dan menginsafkan.

Zimbabwe, Spread facts not fear.
Canada, Grave monument, AIDS is still circulating 1981 - present
Czech Republic, With smile, with condom.
France, Protect yourself. The only way to stop AIDS is you.

T-SHIRT MENARIK DARI DEENIFY.COM

Berkembara di alam siber sambil melawat beberapa blog yang aku minati, tiba-tiba terjumpa satu link yang menarik perhatian aku, iaitu Deenify.com sebuah blogshop yang menjadikan t-shirt dan barangan lain seperti lencana dan beberapa barangan lain sebagai barang dagangan mereka.

Tetapi ia bukan t-shirt dan merchandise biasa. Deenify.com menjadikan persaudaraan Islamik sebagai tema utama mereka. Rekaan-rekaan t-shirt yang Islamik tetapi funky dan cool seakan-akan dapat menarik perhatian para remaja, belia, mahupun dewasa dan kanak-kanak. Aku juga turut tertarik dengan beberapa rekaan mereka.

Anda boleh melawati mereka di link-link ini:
Jom, kita tengok beberapa rekaan t-shirt yang aku rasakan sebagai "cool" plus Islamik. Sila klik ikon "Read More" untuk gambar lain.


REKAAN LAMPU MODEN DAN KREATIF BHG. II [4 GAMBAR]

Ok, anda sedang mencari rekaan lampu kreatif untuk bilik anda atau anak anda. Selalunya lampu yang dijual di kedai lampu adalah amat membosankan dan klise. Jadi, rekaan lampu yang kreatif ini mungkin dapat memberi anda inspirasi baru ataupun idea untuk aktiviti DIY anda.

"Balloon Lamp" rekaan pengeluar lampu dari Sepanyol, Estiluz, yang berkonsepkan elegan dan keseronokan ini amat sesuai untuk membangkitkan mood yang lebih chic dan fun. Tapi harganya agak mahal. Sila ke Plutinlux.com untuk membeli produk kreatif ini.

Klik "Read More" untuk foto selebihnya.

MAKSUD SEBENAR DI SEBALIK LOGO KOMERSIAL

Hasil seni grafik parodi dari Viktor Hertz yang mengubah logo-logo komersial menjadi satu hasil kerja yang dikatakan "jujur" dalam melambangkan maksud logo-logo berkenaan.

Jika dilihat hasil kerja beliau secara sekali pandang, kita pasti menyangka ia adalah logo asal produk komersial berkenaan. Enjoy!

Sila klik ikon "Read More" untuk melihat imej selebihnya.

JIKA BROWSER ANDA SEORANG GADIS

I'm using Chrome you IE losers!

Hadoi, cacat rupanya gadis IE, kesian. Secara jujurnya, aku cuma guna IE untuk layari laman web kerajaan 1Malaysia.
[Sumber: Make Use Of]

POSTER KLASIK PENDIDIKAN SEKS BHG. II [10 GAMBAR]


Pada entri yang sebelum ini,poster klasik pendidikan seks kebanyakkannya memfokuskan kepada penyakit-penyakit kelamin seperti siflis dan gonnorhea, tapi kali ini, tema kempen adalah mengenai bagaimana mengelakkan jangkitan AIDS/HIV dengan mempraktikkan seks selamat. Poster circa 1997 hingga 1987

Dan sila jangan terkejut jika ada poster-poster berkenaan ada mempromosikan seks selamat dalam versi Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari, ini poster luar negara yang sekular dan al-kafirun wal malaun dan jangan bimbang, negara kita yang mengamalkan sistem pemerintahan adil dan saksama ini adalah bebas homoseksual. *trollface.jpg

Sila klik ikon "Read More" untuk poster-poster klasik pendidikan seks berkenaan AIDS/HIV yang menarik.

[Sumber: Avert.org]

HELMET STORMTROOPER DARIPADA KASUT ADIDAS [7 GAMBAR]

"All Day I Dream About Stromtroopers"

Salah satu projek seni MASK365 yang unik ini adalah hasil kerja FreeHandProfit yang bertapak di Washington DC dan Northern Virginia yang mengukir nama dalam dunia graffiti dan beliau juga merupakan seorang graduan dari Corcoran College of Art & Design, dalam bidang Seni Halus.

Helmet Stormptrooper ini dihasilkan dengan menggunakan beberapa pasang kasut Adidas X Star Wars Superskate Mids, dan ia kini dijual di eBay.

Klik ikon "Read More" untuk lebih gambar.

[Sumber: FreeHandProfit via BaikPunyer]

CTRL+ALT+DEL: CAWAN KREATIF UNTUK GEEK

In CTRL!
Kenapa aku tidak terfikir pasal rekaan cawan yang menarik macam cawan Ctrl+Alt+Del ni. Memang sesuai sangat untuk pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar yang hampir 24 jam asyik mengadap komputer.

Sebuah set yang terdiri daripada 3 cawan ini direka seakan-akan butang Ctrl, Alt dan Del yang ada pada papn kekunci komputer dan ditambah pula dengan rekaan kreatif dulang yang mempunyai rekaan seperti papan litar. Memang sesuai untuk para nerdy dan geek.

Klik ikon "Read More" untuk melihat lebih gambar rekaan cawan kreatif ini.

[Sumber: This Blog Rule]

REVENGE! LOL! [1 GAMBAR]

Dino Strike Back!

Cantik sangat kalau boleh print di t-shirt.
[Sumber: Saturday Morning Breakfast Cereal]

POSTER KLASIK PENDIDIKAN SEKS [7 GAMBAR]

Minggu lepas, selepas balik dari beraya di Kelantan, aku singgah sebentar di sebuah masjid, kalau tidak silap di Kampung Mengkuang, daerah Baling, Kedah untuk solat Jumaat. Dalam isi khutbah, khatib ada menyatakan bahawa, Pendidikan Seks yang ceritanya bakal diperkenalkan sebagai sebuah subjek dalam sukatan pelajaran di sekolah, merupakan suatu agenda untuk menggalakkan maksiat. Benarkah? Atau ia sekadar serkap jarang? Ia terpulang kepada anda.

Ini merupakan set poster-poster pendidikan seks yang klasik dan menarik untuk dikongsi bersama. Kebanyakan poster menekankan tentang penyakit Siflis dan Gonnorhea.

Klik ikon "Read More" untuk poster-poster klasik pendidikan seks yang lain.

REKAAN LAMPU MODEN DAN KREATIF [12 GAMBAR]

Sangat boring bukan, asyik-asyik mentol bulat dan kalimantang yang sama sahaja. Kurang kreatif betul. Jika anda seorang yang artsy fartsy dan suka hias-hias rumah dengan lampu-lampu yang pelik-pelik dan unik, rekaan lampu-lampu ini mesti bakal menjadi pilihan anda.

Tapi, mungkin sekarang dan banyak rekaan lampu yang cool dan comel di kedai-kedai lampu mahupun kedai-kedai cenderahati di Malaysia. Yang penting kena rajin saja mencari dan meneroka setiap pelosok kedai-kedai.

Jom layan rekaan lampu-lampu moden dan kreatif dengan klik ikon "Read More"

[Sumber: DeMilked]

ILUSTRASI YANG COMEL TAPI MENYERAMKAN [11 GAMBAR]

Karya Sheharzad Arshad

[Sumber]
Anda suka ilustrasi dan comel-comel dan manis-manis, maka, karya Sheharzad Arshad bukan satu pilihan untuk anda. Karya-karya beliau harus dijauhi anda. Aku sendiri pun berkerepot ibu jari kaki, terasa ngilu dalam hati, minda pula seperti telah disetubuhi.

Karya beliau bagi aku penuh emosi dan ada deria satirikal, sinikal, ironikal dan sarkasm. Sheharzad Arshad, merupakan seorang ilustrator, animator dan designer berpusat di Toronto, Kanada. Namun, sekarang beliau lebih aktif ke arah seni cetakan digital dan kaligrafi, dan karya-karya kartun beliau masih lagi menjadi inspirasi kepada artis digital lain.

Klik ikon "Read More" untuk imejan yang mengganggu lain.

[Sumber: Sheharzad Arshad Website, Sheharzad Arshad Behance, Oculoid]

KERUSI UNTUK DOMINATRIX DAN BDSM [9 GAMBAR]


Kerusi yang amat pelik tapi cantik dan freaky ini adalah ciptaan Maximo Riera. Beliau yang telah terlibat dalam bidang seni selama tiga puluh tahun ini menjadikan haiwan sebagai sumber inspirasi, dari reptilia sehingga ke mamalia.

Jom nikmati pemandangan yang agak menggerunkan ini, dari kerusi octopus hinggalah kerusi walrus.

[Sumber: DeMilked]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...