Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

PERODUA MYVI EXTREME 1.5 [4 GAMBAR]

"Lagi Power, Lagi Best"

[Sumber]
Jujurnya, aku memang peminat MYVI, sejak dari awal pengeluarannya lagi. Tapi sayangnya, masih tiada rezeki untuk memilikinya, cukuplah sekadar Perodua Kancil yang aku ada sekarang sudah memadai dengan pendapatan aku yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah.

Beberapa bulan Jun lepas, pihak Perodua ada melancarkan sebuah model terbaru Perodua Myvi dengan beberapa perubahan pada spesifikasi pada bodypart dan dalaman kereta dengan tagline "Lagi Best" dan menyatakan bahawa Myvi dalam versi enjin 1.5-liter bakal dilancarkan kelak.

Nampaknya tidak lama lagi Myvi baru dengan kapasiti enjin yang lebih besar akan meluncur di jalan-jalanraya negara kita dengan tagline "Lagi Power, Lagi Best" bersempena dengan kapasiti enjin yang lebih berkuasa. Jom saksikan gambar-gambar Perodua Myvi Extreme yang disertakan enjin 1.5-liter ini.

[Sumber: Paul Tan]

Warna Kuning dengan padanan Hitam yang Kontra
Pandangan belakang; emblem Myvi Extreme
Didatangkan juga dengan model warna Hitam
Papan pemuka ala kereta Kontinental
Foto oleh: Khairiizuan Nazarudin

TOYOTA COROLLA AE86 - KONDISI SHOWROOM [9 GAMBAR]

25 Tahun dengan 47 kilometer perjalanan


47 kilometer itu mungkin adalah perjalanan daripada showroom ke rumah pemilik kereta ini sahaja. Siapa tidak mengenali kenderaan ini. Kebanyakkan kaki drift mengidamkan kereta berwarna panda ini. Mula terkenal melalui anime Jepun, Initial D. Pemilik berasal daripada Belgium dan mahu namanya dirahsiakan.

Namun ramai yang tertanya mengapa spesifikasi luaran kenderaan ini (AE86) seakan-akan model AE85. Kerana ia tidak mempunyai headlight yang sama dengan AE85 serta bukan hatchback. Ini kerana, model ini merupakan model Eropah untuk Corolla Sport Coupe GT.

Klik icon "Read More" untuk menjamu mata anda.

[Sumber: SpeedHunters via Blogserius]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...