Showing posts with label Lagi Best Lagi Power. Show all posts
Showing posts with label Lagi Best Lagi Power. Show all posts

PERODUA MYVI EXTREME 1.5 [4 GAMBAR]

"Lagi Power, Lagi Best"

[Sumber]
Jujurnya, aku memang peminat MYVI, sejak dari awal pengeluarannya lagi. Tapi sayangnya, masih tiada rezeki untuk memilikinya, cukuplah sekadar Perodua Kancil yang aku ada sekarang sudah memadai dengan pendapatan aku yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah.

Beberapa bulan Jun lepas, pihak Perodua ada melancarkan sebuah model terbaru Perodua Myvi dengan beberapa perubahan pada spesifikasi pada bodypart dan dalaman kereta dengan tagline "Lagi Best" dan menyatakan bahawa Myvi dalam versi enjin 1.5-liter bakal dilancarkan kelak.

Nampaknya tidak lama lagi Myvi baru dengan kapasiti enjin yang lebih besar akan meluncur di jalan-jalanraya negara kita dengan tagline "Lagi Power, Lagi Best" bersempena dengan kapasiti enjin yang lebih berkuasa. Jom saksikan gambar-gambar Perodua Myvi Extreme yang disertakan enjin 1.5-liter ini.

[Sumber: Paul Tan]

Warna Kuning dengan padanan Hitam yang Kontra
Pandangan belakang; emblem Myvi Extreme
Didatangkan juga dengan model warna Hitam
Papan pemuka ala kereta Kontinental
Foto oleh: Khairiizuan Nazarudin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...