Showing posts with label Seni Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Seni Fotografi. Show all posts

FOTO CINTA YANG GILA [4 GAMBAR]

Fetish yang Sadis!

Haruhiko Kawaguchi, seorang fotografer dari Jepang mempunyai satu idea yang sangat gila dalam mengintepretasikan kasih sayang dua insan melalui fotografi. Projek beliau yang dinamakan "Flesh Love" adalah sangat mind-blowing dan freak.
Infotext

Sepasang kekasih akan dimasukkan ke dalam sebuah plastik yang besar, kemudian setelah pasangan itu berada dalam kedudukan yang baik untuk penggambaran, Hiruhiko Kawaguchi akan menggunakan sebuah pembersih hampagas atau vakum untuk menyedut habis udara di dalam beg plastik itu dan menjadikan plastik itu berada dalam keadaan vakum seakan-akan pembungkusan daging dan sayur di pasaraya. And then baru gambar akan di ambil.

Semua dilakukan atas dasar cinta. Jom tengok foto-foto yang "gila" dan "melemaskan" dengan klik ikon "Read More"

WAJAH LUCU ATLET KETIKA MELAKUKAN TERJUNAN [10 GAMBAR]

Getty Images via TheFW
Salah satu sukan yang aku minat adalah diving atau acara terjun platform di Sukan Olimpik. Bukan kerana ingin menjamah tubuh-tubuh gadis dengan mata dikala Ramadhan mulia, tetapi untuk mendapat adrenalin rush. Aku gayat untuk terjun dari tempat tinggi. So, tengok orang terjun pun dah OK!
Infotext
Para atlet nampak lemah lembut saja masa melakukan terjunan, tapi siapa tahu betapa seksanya untuk mendapat formasi terjunan yang menarik dan sempurna. Tak pecaya, jom layan gambar-gambar wajah atlet ketika melakukan terjunan. Lucu dan weird! Klik "Read More" untuk gambar selebihnya.

SENI DARI PORSELAIN PECAH [8 GAMBAR]

Aku tidak tahu apa untuk dikatakan. Sangat awesome dan kreatif. Kenapa? Siapa sangka, momen-momen porselain mahu hancur boleh hasilkan satu kerja seni. Martin Klimas, seorang jurufoto yang bertapak di Jerman, membekukan momen-momen ini dan menjadikannya ia sebuah mahakarya.

Bagaimana ia dilakukan? Mudah saja. Beliau menjatuhkan beberapa figura yang diperbuat daripada porselain dari ketinggian lebih kurang 3 meter dan menetapkan sebuah kamera yang bertindakbalas dengan gelombang bunyi pecah porselain itu, dan menjadikan momen-momen itu beku, dan terhasillah sebuah karya.

Tapi, aku tidak tahu pandangan anda semua. Bagi aku, karya-karya ini seakan-akan hidup. Jom, kita tengok-tengok, dan jangan malu-malu beri pendapat anda. Sila klik ikon "Read More" untuk gambar selebihnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...