Showing posts with label America. Show all posts
Showing posts with label America. Show all posts

AFGHANISTAN: 10 TAHUN DAHULU DAN KINI [12 GAMBAR]

[Sumber]
Sehingga sekarang Afghanistan masih dalam keadaan yang belum stabil. Pembunuhan dan kekejaman masih lagi berlaku, walaupun tampuk pemerintahan telah diserahkan kembali oleh pihak Amerika kepada pemerintahan mereka sendiri setelah diceroboh oleh pihak tentera Amerika lebih kurang 10 tahun lepas atas nama kempen Peperangan Menentang Pengganas (War on Terrorist) selepas rebahnya World Trade Center pada 11 September 2001.
10 tahun dahulu tentera Pakatan Utara (Northern Alliance atau United Islamic Front) bangkit berpakat menentang pemerintahan Taliban bersama-sama tentera-tentera US Armed Force, US Special Force, British Armed Force dan British Special Force.

Klik "Read More" untuk melihat set-set gambar Afghanistan 10 tahun dahulu dan kini, yang dikatakan mungkin lebih selamat dari dahulu.

[Sumber: Daily Mail UK]

ULANGTAHUN KE-1O TRAGEDI 9/11 [INFOGRAFIK]

Merujuk kepada angka rasmi korban yang dikeluarkan pada 2 September 2001, jumlah yang terkorban dalam tragedi 11 September adalah seramai 2,819 atau mungkin lebih. Namun, dalam ribuan yang terkorban, hanya 289 mayat sahaja berjaya dijumpai dengan sempurna, dan 19,858 anggota badan yang terpisah ditemui. Tragedi yang tragis dan menyayat hati.

Tragedi yang berlaku sepuluh tahun dahulu, masih segar dalam ingatan setiap ahli keluarga mangsa yang terkorban, termasuk juga dalam ingatan mangsa-mangsa yang terselamat, dan secara amnya rakyat Amerika sendiri. Ia merupakan sebuah kehilangan yang amat besar.

Kini, genap ulangtahun ke-10 tragedi 11 Septermber, melibatkan Pusat Dagangan Dunia (World Trade Center), Pentagon, dan Stoneycreek Township.

Biarpun, kontroversi hadir satu demi satu mengenai tragedi ini, walaupun ramai yang menjadikan tragedi ini spekulasi lantas menimbulkan pelbagai teori konspirasi, namun, ia masih kekal tragedi, dan melibatkan kehilangan ribuan nyawa dan jiwa.

Klik ikon "Read More" untuk mendapatkan maklumat ringkas mengenai tragedi 11 September 2001 itu.

[Sumber: ThisBlogRules, Wikipedia]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...