Showing posts with label Terrorist Attack. Show all posts
Showing posts with label Terrorist Attack. Show all posts

JURUFOTO DAN FOTO IKONIK MEREKA

Kolbrin.com
Zaman sekarang, pergi ke ceruk mana sekalipun, mesti boleh jumpa para dewa dewi remaja berkalungkan kamera DSLR suci mereka. Tapi bagi aku ia tetap useless kerana bagi aku mereka tiada keikhlasan ketika mengambil gambar.

Jika ditekan butang "play" pada kamera kingkong itu nescaya batang memori dipenuhi dengan gambar-gambar yang dilacur. Maaf, aku bercakap dengan nada iri hati.

Susah betul nak jumpa gambar yang ikonik seperti gambar-gambar yang aku kongsikan bersama anda hari ini. Inilah fotojurnalisma. 

Foto ikonik bersama jurufotonya. Klik "Read More" untuk halwa mata.

ULANGTAHUN KE-1O TRAGEDI 9/11 [INFOGRAFIK]

Merujuk kepada angka rasmi korban yang dikeluarkan pada 2 September 2001, jumlah yang terkorban dalam tragedi 11 September adalah seramai 2,819 atau mungkin lebih. Namun, dalam ribuan yang terkorban, hanya 289 mayat sahaja berjaya dijumpai dengan sempurna, dan 19,858 anggota badan yang terpisah ditemui. Tragedi yang tragis dan menyayat hati.

Tragedi yang berlaku sepuluh tahun dahulu, masih segar dalam ingatan setiap ahli keluarga mangsa yang terkorban, termasuk juga dalam ingatan mangsa-mangsa yang terselamat, dan secara amnya rakyat Amerika sendiri. Ia merupakan sebuah kehilangan yang amat besar.

Kini, genap ulangtahun ke-10 tragedi 11 Septermber, melibatkan Pusat Dagangan Dunia (World Trade Center), Pentagon, dan Stoneycreek Township.

Biarpun, kontroversi hadir satu demi satu mengenai tragedi ini, walaupun ramai yang menjadikan tragedi ini spekulasi lantas menimbulkan pelbagai teori konspirasi, namun, ia masih kekal tragedi, dan melibatkan kehilangan ribuan nyawa dan jiwa.

Klik ikon "Read More" untuk mendapatkan maklumat ringkas mengenai tragedi 11 September 2001 itu.

[Sumber: ThisBlogRules, Wikipedia]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...