Showing posts with label Taliban. Show all posts
Showing posts with label Taliban. Show all posts

JURUFOTO DAN FOTO IKONIK MEREKA

Kolbrin.com
Zaman sekarang, pergi ke ceruk mana sekalipun, mesti boleh jumpa para dewa dewi remaja berkalungkan kamera DSLR suci mereka. Tapi bagi aku ia tetap useless kerana bagi aku mereka tiada keikhlasan ketika mengambil gambar.

Jika ditekan butang "play" pada kamera kingkong itu nescaya batang memori dipenuhi dengan gambar-gambar yang dilacur. Maaf, aku bercakap dengan nada iri hati.

Susah betul nak jumpa gambar yang ikonik seperti gambar-gambar yang aku kongsikan bersama anda hari ini. Inilah fotojurnalisma. 

Foto ikonik bersama jurufotonya. Klik "Read More" untuk halwa mata.

UNSUNG HERO - WIRA TRAGEDI 9/11 [11 FOTO]

Abigail, bertugas selama 10 hari bermula 17 September
Tragedi 9/11, yang berlaku pada 11 September 2001, yang meragut hampir 3,000 nyawa dan mengejutkan dunia sekaligus memberi impak yang besar terhadap prespektif penduduk dunia terhadap penganut agama Islam dan bangsa Arab. Sejak dari itu wujudnya sentimen Islamofobia yang berpunca kononnya serangan telah dilancarkan oleh golongan pejuang Islam, Al Qaeda di bawah pimpinan Osama Laden. Susulan dari itu, presiden George W. Bush melancarkan kempen War on Terror dengan menakluk Afghanistan dan mengusir Taliban.

Disebalik tragedi ini, berdirinya wira-wira atau unsung hero yang berusaha menyelamatkan mangsa-mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon, antara yang memainkan peranan ini adalah haiwan yang di gelar "kawan baik manusia" atau man best friend, iaitu anjing.

[Sumber: DailyMailUK]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...